Tuesday, 2 May 2017

Assalammualaikum
Salam Sejatera

Hi... kali ini Farah akan kongsikan tentang Lecithin.

Lecithin adalah salah satu Vitamin yg paling laku dalam Shaklee.

Jom kita baca Apa itu Lecithin dan apakah manfaat Lecithin.


Agen Pemecah Lemak LECITHIN Lecithin itu sendiri adalah lema. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kuasa menguraikan lemak kepada molekul2 lebih kecil supaya lebih senang disingkirkan dan mempunyai kesan melekat pada lemak.

Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Manfaat Lecithin Antaranya adalah...

 1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan pengerasan arteri. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.



 2. Kenapa orang yang nak turunkan berat badan suka Lecithin? Sebab ia bertindak sebagai mengemulsikan lemak (ayat mudahnya memecahkan lemak). Tahukah anda bahawa Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.




 3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan kimia daripada persekitaran yang tercemar, bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

 4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

 5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin

 6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

 7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory).



 8. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah Penyakit (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan

 9. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitters dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

10.Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema

 11. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.

 12. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam membantu mengurangkan symptom eczema.

 13. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala menopause.

 14. Lecithin bersama unsur lain digunakan untuk membuat BILE. BILE berfungsi untuk mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan.

Dapatkan Lecithin Dari Farah



Contact 019 473 7805
WA 019 473 7805
FB https://www.facebook.com/miniskontesa

No comments:

Post a Comment